CIKGU AZRIN BIN AB. MAJID
Selasa, 10 Januari 2012
Komrad Bertopeng Profesor


"Saya tak faham macam mana orang ini boleh bergelar profesor. Jadi selepas berbalah, saya pun malas cakap banyak, saya tahu inilah mahkamah AUKU yang saya tidak pernah mengiktirafnya, (dan) saya digantung selama 3 semester," katanya. (Adam Adli Abdul Halim)

1. Mereka 'membesar' hingga mendapat jawatan profesor kerana menyokong AUKU dan mengampu pemerintah.
2. Mereka berjiwa hamba dan komrad bertopeng pendidik.
3. Profesor yang tidak sehaluan pun tidak dipertahankan, inikan pula mahasiswa yang dianggap sebagai budak sekolah.
4. 'Generasi Adam Adli' adalah generasi cerdik pandai bertakwa akan membebaskan umat yang 'dilembukan' oleh penolong firaun moden ini!
5. Guru Suluh Budiman! Ilmu Punca Kemajuan! Islam Untuk Semua!
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Selasa, Januari 10, 2012   0 comments
Selasa, 18 Oktober 2011
Malaysia Maju dengan Hutang
Hutang negara mencecah RM437.2 bilion

18 Okt, 11 7:53am

Hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

Daripada jumlah berkenaan, sebahagian besar hutang kerajaan adalah daripada hutang dalam negara yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dewan Rakyat juga diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negara itu diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Dalam pada itu hutang luar negara kerajaan persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Euro, Dolar Kanada serta Dinar.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Selasa, Oktober 18, 2011   0 comments
Ahad, 24 April 2011
PAS KAWASAN JASIN PUNYA PEMIMPIN BARU
Dipetik dari Al-Chabaui
Ahad, 24 April 2011

JASIN 24 APRIL - PAS Kawasan Jasin telah memilih pimpinan baru dalam mesyuarat agung peringkat kawasan yang diadakan pada 23 April 2011(semalam). Mereka yang dipilih oleh perwakilan cawangan ialah Yang Dipertua Ustaz Kamarudin Hj Sedik yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Timbalan Yang Dipertua Tn Hj Yuhaizad bin Abdullah sementara Naib Yang Dipertua ialah Saudara Azrin bin Ab. Majid yang juga Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Majlis yang diadakan di Kompleks PAS Jasin (KOMPAJ) itu dihadiri oleh perwakilan daripada 30 cawangan di seluruh kawasan Jasin.

Sementara itu Bekas YDP sesi lalu Mejar(B) Hj Jasme bin Tompang dalam kenyataannya kepada paschabau.net merakamkan ucapan tahniah kepada mereka yang telah diamanah memegang jawatan tersebut. Beliau juga berharap pimpinan yang baru akan lebih berdaya maju apatah lagi mereka dari kalangan orang muda yang punya banyak idea,tenaga yang kuat serta diterima oleh semua pihak.

Pimpinan di peringkat jawatankuasa kerja juga dibarisi oleh pimpinan baru dan punya visi dan misi untuk memajukan PAS Kawasan Jasin. Diharapkan pimpinan baru di peringkat Kawasan Jasin kali ini akan lebih matang,lebih berketerampilan dan berkeupayaan unrtuk memberi saingan kepada parti politik lain khususnya UMNO dan Barisan Nasional.




(Dari kiri Tn Hj Yuhaizad b. Abdullah TYDP yang juga bekas calon PAS Merlimau,tengah Ustaz Kamarudin Hj Sedik YDP,sementara sebelah kanan Sdr Azrin b Ab Majid NYDP )


Barisan pimpinan PAS Kawasan Jasin yang baru. Dari sebelah belakang(kiri) Hjh Siti Khadijah,Adnan b. Abu,Zakaria Hitam,Hj Shamsudin Ali,Hamzan, Amir Samad,Jamaludin Dali,Hjh Shopiah Ahmad,Hadapan dari kiri Hj Ismail Latif, Zaili M.Imbiah,Hj Yuhaizad Abdullah,Ust Kamarudin Sedik, Azrin b Ab. Majid, Abd Hannan Abd Ghani dan Hj Sepian Senin.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Ahad, April 24, 2011   2 comments
Sabtu, 1 Januari 2011
PERUTUSAN SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN 2011
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w.,para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Di Malaysia, perkembangan institusi pendidikan prasekolah memperlihatkan kepesatan dengan tertubuhnya pelbagai prasekolah dengan visi, misi serta pendekatan yang tersendiri. Kepelbagaian tersebut menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah semakin mendapat perhatian dan sambutan daripada ibu bapa lantaran keperluannya dalam membangunkan modal insan sejak dari awal lagi. Kewujudan PASTI membangunkan pendidikan di peringkat prasekolah dan Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah (FAFFAH) adalah bertujuan mengembalikan kefahaman dan keyakinan ibu bapa bahawa anak-anak wajib diberi pendidikan awal Islam sebab kita berpegang kepada pesanan Nabi Muhammad s.a.w bahawa anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, suci lagi bersih manakala pendidikan yang kita berikan akan mencorakkan diri dan kehidupan mereka.

Saya mengambil kesempatan pada ruang ini untuk mengucapkan selamat datang kepada semua murid yang mendaftar ke semua cawangan PASTI di seluruh negara. Saya yakin dan percaya bahawa tuan-tuan dan puan-puan membuat keputusan untuk menghantar anak-anak belajar di PASTI kerana memahami bahawa pendidikan awal Islam merupakan satu ruang yang amat berkesan untuk membangunkan rohani, fizikal, intelek, emosi dan sosial anak-anak menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga merupakan manifestasi keyakinan ibu bapa terhadap kemampuan pihak pengurusan dan guru melaksanakan amanah yang diberikan oleh mereka.

Oleh itu, saya mengharapkan semua pihak yang terbabit secara langsung dalam organisasi dan sistem pendidikan ini agar terus melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan baik, istiqamah dan berkesan. Terima kasih atas kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan.Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak pengurusan dan guru-guru PASTI cawangan di seluruh negara yang bekerja keras membuat persiapan bagi sesi persekolahan 2011 ini. Semoga kita dapat menguruskan PASTI kita dengan penuh rasa tanggungjawab, memberi pendidikan yang terbaik kepada murid-murid kita dan menjayakan program-program yang telah dirancang di semua peringkat seperti Sambutan Hari Guru, Sukan PASTI, Ihtifal dan lain-lain lagi. Penglibatan ibu bapa dan masyarakat amat kami alu-alukan bagi menjadikan sistem pendidikan PASTI sebagai sistem pendidikan umat yang terbaik.

Sekian, terima kasih.

Yang melaksanakan amanah,


AZRIN BIN AB. MAJID
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Sabtu, Januari 01, 2011   0 comments
Selasa, 6 Julai 2010
Bertemu noktah


Andai hidup ini mudah
pasti terlepas segala masalah
pasti terlerai segala resah

Andai masa itu panjang
pasti hidup lebih peluang
pasti pilihan berkurang

Tapi
andai hanya impian
angan-angan orang yang malang
mencari alasan dan jawapan
agar tidak terus dipersalahkan

Manusia yang beriman
terus mengejar impian
berjalan dengan minda cemerlang
berlari mencipta peluang

Pasti andaian sekadar harapan
pada usaha, doa dan tawakal
lakukan dengan iman
pasti dirimu tidak kesasar.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Selasa, Julai 06, 2010   0 comments
Khamis, 1 Julai 2010
Mengintai Ruang Insaf
Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu

Sewaktu berlari di padang hidup
kerap kakiku tersadung selirat akar
tubuhku tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia makin kabur
dan menghilang

Sekadar songsong aksara kata
tanpa kembali ke tunjang makna,
"Apakah dalam sarat khilaf
masih terbuka ruang untuk
dianugerahkan keinsafan?"

Rabb,
moga pintu taubat-Mu terbuka
sebelum api dari bara itu menyala.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Khamis, Julai 01, 2010   0 comments
Khamis, 10 Jun 2010
Asas kebangkitan
“Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad:7)
Selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki, muncul gerakan Islam yang dipimpin oleh Maulana Abdullah Noh di Kelantan. Obor perjuangan diteruskan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang menubuhkan Hizbul Muslimin.
PAS ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Pada 25 Ogos 1953 ditubuhkan Dewan Pemuda Pas menerusi Kongres Pemuda Islam Malaya di Madrasah al-Ulum, Bagan Datoh, Perak. Pemuda Pas bercita-cita mendaulatkan Islam di muka bumi Malaysia yang kita cintai.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Khamis, Jun 10, 2010   0 comments
semangatku, perjuanganku

SAYA YANG BERNAMA AZRIN BIN AB. MAJID

Name: Cikgu Azrin Ab. Majid
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin, Naib Yang Di-Pertua PIBG S.K. Sri Lanang, Kg. Kelubi, Jasin.
See my complete profile

ARTIKEL LALU

BAHAN KHAZANAH

HARGAILAH MASA

BLOGGERS MELAKA

BILANGAN PENGUNJUNG BERMULA 18 FEBRUARI 2009

DESIGN BY

Blogger Templates

BLOGGER